Umar Al-Khattab Isi kandungan Ringkasan | Memeluk Islam | Saidina Umar di Madinah | Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. | Pemerintahan Saidina Umar | Kemarau dan kebuluran yang panjang | Wafatnya Saidina Umar | Lihat juga | Nota | Sumber | Pautan luar | Menu pandu arah"Khalifa Umar bin al-Khattab – Death of Umar"Al Farooq - Kehidupan Saidina Umar al-KhatabPetikan daripada Sejarah Khalifah Islamss
Ralat CS1: datesSahabat NabiKelahiran 588Kematian 644Khalifah kurun ke-7Khulafa al-RasyidinMuslimOrang ArabPemeluk IslamOrang yang dibunuhPerawi hadisSahabat Nabi yang menyertai Perang Uhud
Arab581November644Bani AdiQuraisykhalifahIslam633644Khulafa al-RasyidinMakkahSyamal-QuranNabi Muhammad s.a.w.IslamQuraisySurah TahaberhijrahSahabat Rasulullah s.a.w.625HafsaSaidina Abu BakarAllah s.w.t.Al QuranSaidina Abu BakarIslam634MesopotamiaEmpayar ParsiMesirPalestinSyriaAfrika UtaraArmeniaByzantinePerang Yarmuk637BaitulmuqaddisSophroniusbersembahyangKristianChurch of the Holy SepulchreMasjid UmarsolatBasra♙KufahUthman bin AffanAli bin Abi TalibZaid bin TsabitAbdul Rahman bin AufSaad bin Abi WaqasMu'az bin JabalMesirSyamIraqCukaiDzimmijizyahKufahBasrahal-QuranSungai NilIraqTigrisBadwiMadinahSyriaPalestinIraqAbu Ubaidah al-JarrahzakatPenaklukan Islam ke atas ParsiHajiMakkahBukit Arafahmelontar JamrahAbu Lu'luahkincir anginsolat SubuhMasjid al-NabawiMadinahSaidina Uthman bin AffanAbdullahIbn AsakirAbbad bin BishirAbbas bin Abdul-MuththalibAbdullah bin AbbasAbdullah bin Abdul-AsadAbdullah bin Hudhafah as-SahmiAbdullah bin Ja'farAbdullah bin Mas'udAbdullah bin RawahahAbdullah bin SalamAbdullah bin UbayAbdullah bin UmarAbdullah bin Ummi-MaktumAbdullah bin ZubairAbdurrahman bin Abi BakarAbdurrahman bin AufAbu Ayyub al-AnsariAbu Bakar as-SiddiqAbu DujanaAbu Dzar Al-GhiffariAbu FuhayraAbu Hudhaifah bin al-MughirahAbu HurairahAbu Lubaba bin Abd al-MundzirAbu Musa Al-Asya'ariAbu QatadahAbu SufyanAbu Sufyan bin HaritsAbu ThalibAbu Ubaidah Al-JarrahAbu al-Aas bin al-RabiahAbu Darda'Abu-Hudhayfah bin UtbahAbu Sa'id al-KhudriAkib bin UsaidAl-Ala'a Al-HadramiAl-Baraa bin Malik al-AnsariAl-NahdiahAli bin Abi TalibAminah binti WahabAmir bin al-JamuhAmmar bin YasirAmru bin AshAn-Numan bin MuqarrinAnas bin MalikAshaabAqil bin Abu ThalibBashir bin Sa'adBilal bin RabahBilal bin al-HaritsFadl bin AbbasFatimah binti AsadFatimah binti HizamFayruz al-DaylamiHabibah binti UbaidillahHalimah As-Sa'diyahHamzah bin Abdul MuttalibHaritsah binti al-MuammilHatib bin Abi BaitahHisyam bin Al-AasHudhayfah bin al-YamanHujr bin AdiIkrimah bin Abu JahalJa'far bin Abi ThalibJulaybibKhabbab bin al-ArattKhadijah binti KhuwailidKhalid bin Sa`idKhalid bin al-WalidKhubaib bin AdiKhunais bin HudhaifaKumail bin ZiyadKhuzaimah bin TsabitLayla binti al-MinhalLubabah binti al-HarithLubaynahMalik bin DinarMalik al-DarMalik bin AshterMalik bin NuwayrahMiqdad bin AswadMua'dz bin JabalMuhammad bin Abu BakarMuawiyah bin Abu SufyanMuhammad bin MaslamahMughira bin Shu'baMus'ab bin UmairNawfal bin KhuwaylidQatadahRab'ah bin UmayahRabi'ah bin HaritsSa'ad bin ar-Rabi'Sa'ad ibn Abi WaqqasSaffiyah binti Abdul-MuththalibSa’id bin Al-AshSaid bin Amir al-JumahiSaid bin ZaydSalim Mawla Abu HudhayfahSalman Al-FarisiSuhayb ar-RumiThalhah bin UbaidillahThalib bin Abu ThalibUbaidah bin HaritsUbay bin KaabUmamah binti ZainabUmar Al-KhattabUmmi Kultsum binti AliUmmi Kultsum binti Jarwila KhuzimaUmmi SyarikUmmi Ubays`Uqbah bin AmirUrwah bin Mas'udUsamah bin ZaidUtbah bin GhazwanUthman bin AffanUtsman bin HunaifUwais Al-QarniWahab bin Abd ManafWahsyiWaraqah bin NaufalZaid bin ArqamZaid bin HarithahZaid bin ThabitZainab binti AliZubair bin Awwam
Umar Al-Khattab
Jump to navigation
Jump to search
| Umar | |
|---|---|
![]() | |
| Empayar Islam dibawah pemerintahannya | |
| Ketua Orang-orang beriman (Amir al-Mu'minin) | |
| Nama penuh | Umar Al-Farooq bin Ishak |
| Penaklukan | 23 Ogos 634 Masihi – 6 November 644 Masihi |
| Lahir | 579 Masihi (45 sebelum hijrah) |
| Tempat lahir | Makkah, Semenanjung Arab |
| Meninggal dunia | 6 November 644 Masihi (26 Zulhijjah 23 Hijrah)[1] |
| Tempat meninggal dunia | Madinah, Semenanjung Arab |
| Lokasi pengebumian | Masjid Nabawi, Madinah |
| Pendahulu | Saidina Abu Bakar |
| Pengganti | Saidina Uthman Affan |
| Ayahanda | Khattab ibn Nufayl |
| Ibunda | Hantamah binti Hisham ibn al-Mugheerah |
| Saudara lelaki | Zayd ibn al-Khattab |
| Saudara perempuan | Fatimah bint al-Khattab |
| Isteri | • Zaynab bint Maz'un • Umm Kulthum bint Ali • Quraybah bint Abi Umayyah al-Makhzumi • Umm Hakim bint al-Harith ibn Hisham • Jamilah bint Asim ibn Thabit ibn Abi al-Aqlah • Atikah bint Zayd ibn Amr ibn Nufayl • Luhyah • Fukayhah |
| Anakanda lelaki | • `Abd Allah ibn `Umar • 'Abd ar-Rahman ibn 'Umar • 'Ubaid Allah ibn 'Umar • Zayd ibn 'Umar • Asim ibn Umar • Iyaad ibn 'Umar • 'Abd ar-Rahman ibn 'Umar • Az-Zubayr ibn Bakkar (Abu Shahmah) |
| Anakanda perempuan | • Hafsa bint 'Umar • Fatima bint 'Umar • Zaynab bint 'Umar |
| Keturunan | Farooqui |
| Gelaran lain | Al-Farooq ("Pembanding diantara benar dan salah") Amir al-Mo`mineen ("Ketua orang-orang beriman") [2] |
Saidina Umar al-Khattab (Arab, عمر بن الخطاب) (c. 581 - November, 644), kadang-kadang dipanggil juga sebagai Umar al-Farooq ataupun Omar atau Umar ialah daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan Bani Adi Quraisy. Beliau menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644 Masihi) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah seorang Khulafa al-Rasyidin.Saidina Umar dilahirkan di Makkah. Bapanya bernama Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Sewaktu kecilnya beliau pernah mengembala kambing dan pada zaman dewasanya beliau berniaga dengan berulang-alik ke Syam membawa barang dagangan. Beliau juga berilmu, perkara yang amat jarang berlaku pada masa tersebut, dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya.
Isi kandungan
1 Ringkasan
2 Memeluk Islam
3 Saidina Umar di Madinah
4 Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
5 Pemerintahan Saidina Umar
5.1 Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran.
5.1.1 Membentuk Majlis Syura.
5.1.1.1 Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam.
5.1.2 Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah.
5.2 Pembaharuan dalam bidang ekonomi.
5.3 Pembaharuan Dalam Bidang Sosial.
5.3.1 Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi.
5.3.2 Memperbaharui taraf kedudukan hamba.
5.4 Menggalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran.
5.5 Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi.
5.5.1 Memajukan sistem pertanian.
6 Kemarau dan kebuluran yang panjang
7 Wafatnya Saidina Umar
7.1 Rupa fizikal
8 Lihat juga
9 Nota
10 Sumber
11 Pautan luar
Ringkasan |
Saidina Umar bin al-Khattab telah mendapat hidayat Islam pada tahun ke-6 kenabian ketika berumur 39 tahun. Beliau memeluk Islam setelah mendengar adik perempuannya membaca ayat-ayat al-Quran . Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani bahawa Rasulullah s.a.w juga pernah berdoa: Ya Allah , kuatkanlah Islam dengan Umar. Sebuah hadis daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila Umar memeluk Islam, Jibrail pun datang dan berkata : Ya Muhammad , sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar
Memeluk Islam |
Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.
Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan rakannya Nu'aim bin 'Abdullah yang mengatakan bahawa beliau haruslah membetulkan adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah adiknya serta suaminya dan mendapati mereka berdua dan Khabbab bin 'Aratt sedang membaca al-Quran daripada Surah Taha. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat al-Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.[3]
Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Peristiwa ini terjadi pada bulan Zulhijjah tahun keenam kenabian.[4]
Saidina Umar di Madinah |
Saidina umar merupakan antara individu yang berhijrah ke Yathrib (kemudiannya dikenali sebagai Madinah). Dia merupakan salah seorang daripada Sahabat Rasulullah s.a.w..
Pada tahun 625 M, anak perempuan Saidina Umar iaitu Hafsa mengahwini Nabi Muhammad s.a.w.
Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. |
Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 Masihi. Saidina Umar dikatakan amat sedih dengan kewafatan Rasulullah SAW sehinggakan beliau sanggup membunuh sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau kemudiannya kembali tenang selepas Saidina Abu Bakar (khalifah pertama umat Islam) berucap "Sesiapa yang menyembah Muhammad ketahuilah bahawa baginda telah wafat, tetapi sesiapa yang menyembah Allah s.w.t., ketahuilah bahawa Allah itu hidup dan tidak akan mati." Saidina Abu Bakar kemudiannya membaca beberapa potong ayat Al Quran untuk mententeramkan umat Islam.
Saidina Abu Bakar dengan sokongan Saidina Umar menjadi khalifah pertama umat Islam. Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 M. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.
Pemerintahan Saidina Umar |
Semasa pemerintahan Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; orang Islam menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Ada di antara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.
Pada tahun 637 Masihi, selepas pengepungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Patriarch Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak berapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.
Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra♙ dan Kufah dibina.
Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.
Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran. |
Membentuk Majlis Syura. |
Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am.
Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Tsabit, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqas dan Mu'az bin Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar.
Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.
Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam. |
Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah bin Abu Sufyan, Amru bin al-Ass, Al Mughirah bin Syu’bah dan Zaid bin Sumyah.
Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.
Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah. |
Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syam dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar juga menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.
Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.
Pembaharuan dalam bidang ekonomi. |
Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepada rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan. Beliau juga sering bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan Islam) untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan mereka. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini diperbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan negara bertambah. Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.
Pembaharuan Dalam Bidang Sosial. |
Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi. |
Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basrah supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan ke atas mereka tidak membebankan.
Taraf dan hak awam diberikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar negara. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.
Memperbaharui taraf kedudukan hamba. |
Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa, kecuali bagi orang-orang yang benar-benar menentang Islam dalam peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka.
Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.
Menggalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran. |
Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-Qur'an. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.
Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi. |
Memajukan sistem pertanian. |
Khalifah Umar Al Khattab telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dajlah (Tigris) dengan bandar Basrah.
Tanah juga telah dikaji selidik bagi menempatkan tanam-tanaman yang bermutu. Rakyat juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan hasil pertanian. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga beliau juga telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.
Kemarau dan kebuluran yang panjang |
Pada tahun 638, Tanah Arab mengalami kemarau dan diikuti dengan kebuluran. Kebanyakan kaum Badwi mula mati akibat kelaparan dan wabak. Lama kelamaan, rizab makanan di Madinah pula semakin berkurangan, dan Umar mengutus surat kepada gabenor di Syria, Palestin, dan Iraq untuk menghulurkan bantuan. Keadaan darurat diumumkan di Madinah dan Semenanjung Tanah Arab. Gabenor yang pertama menyahut seruan itu ialah Abu Ubaidah al-Jarrah, gabenor Syria yang juga merupakan panglima tentera ketika itu. Beliau membalas dengan satu surat yang tertulis:
Saya menghantar buatmu kafilah yang satu hujungnya di Syria dan satu lagi di Madinah.
Kemudian, Abu Ubaidah sendiri turun melawat Madinah dan bertindak sebagai pegawai pengurusan bencana yang diketuai sendiri oleh Umar. Sebaik sahaja bekalan catuan mencukupi di Madinah, Umar mengerahkan orangnya untuk ke laluan Iraq, Palestin, dan Syria agar bekalan yang lain dihantar ke kawasan pedalaman Arab yang kemudiannya menyelamatkan jutaan nyawa daripada kebuluran. Bagi pelarian yang memohon perlindungan di Madinah pula, umar mengadakan makan malam setiap hari dan dianggarkan lebih dari seratus ribu rakyat yang hadir untuk menumpang makan.[5] Menjelang awal tahun 639, keadaan semakin pulih. Tanah Arab mula menerima hujan dan Umar sendiri menyelia perpindahan semula pelarian. Mereka diberikan catuan makanan yang mencukupi dan dikecualikan daripada zakat untuk tahun tersebut dan tahun seterusnya.
Wafatnya Saidina Umar |
Makam khalifah Umar, di Masjid al-Nabawi, Madinah. Tingkap pertama dari kanan memberikan pandangan makam Umar.
Pada tahun 644, Umar dibunuh oleh Abu Lu'luah Bin Muljam yang berasal dari Parsi sebagai tindak balas dari Penaklukan Islam ke atas Parsi.[6] Pembunuhan tersebut dirancang beberapa bulan sebelumnya. Pada Oktober 644, Umar menunaikan Haji di Makkah, waktu pembunuh tersebut menyatakan kematian Umar pada tahun tersebut, dan menggunakan jemaah yang ramai sebagai penghadang kepada para konspirasi ini untuk bersebunyi. Diriwayatkan apabila Umar berdiri di Bukit Arafah, beliau mendengar suara berkata:
"Wahai Khalifah, tidak akan lagi kamu berdiri di atas Bukit Arafah".
Sahabat Umar, Jubayr bin Mut'im dilaporkan berkata:
Kami lihat seorang lelaki berdiri di atas bukit dan berkata 'Sesungguhnya ini adalah Haji terakhir buat Umar. Dia tidak akan datang ke sini lagi.'
Ketika salah satu ibadah Haji, iaitu melontar Jamrah, seseorang membaling batu kepada Umar sehingga melukakan kepala beliau, dan satu suara didengari mengatakan yang Umar tidak akan menunaikan Haji lagi.
Seorang hamba berbangsa Parsi, Abu Lu'luah, membawa rungutan kepada Umar tentang cukai tinggi yang dikenakannya oleh tuannya Mughirah. Umar menulis kepada Mughirah dan bertanya tentang cukai tersebut; jawapan Mughirah memuaskan hati, tetapi Umar menegaskan bahawa cukai yang dikenakan daripada Abu Lu'lu'ah adalah berpatutan, disebabkan pendapatan hariannya. Umar kemudian dilaporkan meminta kepada Abu Lu'luah: "Saya mendegar yang kamu membuat kincir angin; buatkan untuk saya satu." Dalam keadaan merengus, Abu Lu'luah menjawab, "Sesungguhnya aku akan buatkan kincir untuk kamu, biar satu dunia ingat akannya".[7]
Abu Lu'luah ditugaskan dengan misi membunuh Umar. Menurut rancangan, sebelum solat Subuh berlangsung, Abu Lu'luah akan memasuki Masjid al-Nabawi, masjid utama di Madinah yang solat tersebut akan diketuai atau diimam oleh Umar dan dia akan menyerang Umar semasa sedang bersolat, kemudian lari atau bersembunyi di kalangan jemaah masjid.
Pada 31 Oktober 644, Abu Lu'luah menyerang Umar ketika beliau sedang mengimamkan sembahyang Subuh, menikamnya dengan pisau yang bermata dua sebanyak tiga kali di belakangnya, yang menyebabkan maut. Umar dibiarkan berdarah ketika cuba melarikan diri, tetapi orang disekeliling dengan segera menangkapnya; dalam usahanya untuk melarikan diri, dikhabarkan dia mencederakan dua belas orang lain, enam atau sembilan orang daripadanya meninggal dunia, sebelum dia mengelar dirinya sendiri untuk membunuh diri.
Umar wafat pada tiga hari kemudian pada hari Rabu, 3 November 644 (26 ZūlḤijjah 23H) disebabkan luka yang sangat teruk.[8][9]
Umar dilaporkan meninggalkan wasiat dengan menyuruh anaknya berjumpa dengan Saidatina Aisyah untuk meminta izinnya(Aisyah)untuk dimakamkan bersebelahan Rasulullah SAW.
Saidina Uthman bin Affan dilantik menjadi khalifah oleh suatu majlis syura selepas kewafatan Umar.
Rupa fizikal |
Umar mempunyai badan yang kuat, tegap dan bagus dalam bergusti. Beliau dikatakan pernah menyertai pertandingan gusti ketika berlangsungnya pasar tahunan di Ukaz.[10] Dari sumber perdana menyatakan yang Umar mempunyai penampilan yang bertenaga, badan yang sangat tinggi dan tegap, di pasar beliau menonol dari kalangan orang ramai seperti menara. Bahagian depan kepala beliau botak, sentiasa A'sara Yusran (bekerja dengan dua tangannya),[11] kedua-dua mata beliau hitam, dengan kulit kekuningan, walau bagaimanapun, ibn Sa'ad di dalam bukunya menyatakan yang beliau tidak tahu yang Umar mempunyai kulit kuning kecuali jika seseorang mengambil keadaan ketika zaman beliau hanya memakan minyak (akibat kemarau panjang).[12] Ada juga sumber menyatakan beliau mempunyai kulit putih kemerahan. Gigi beliau adalah ashnabul asnan (sangat putih berkilat). Belau sentiasa mewarnakan jambangnya dan menjaga rambutnya degan sejenis tumbuhan.[12][13]
Sejarahwan Islam Ibn Saad dan Al-Hakim mencatatkan perihal Umar yang menyatakan bahawa Abu Miriam Zir, asal dari Kufah menerangkan tentang Umar sebagai:
Aku bersama orang Madinah pada suatu hari raya, dan aku lihat Umar berjalan berkaki ayam. Beliau kelihatan mendahului usianya, botak, warna kuning keperangan - orang bertangan kidal, tinggi dan menonjol ketinggiannya dari yang lain.[10]
Anak sulung Umar, Abdullah, menerangkan tentang penampilan fizikal bapanya seperti berikut:
Beliau seorang lelaki yang berkulit cerah, ternampak seri kemerah-merahan, tinggi, botak dan beruban.
Sejarahwan Salima bin al-Akwa'a pula berkata tentang beliau:
Umar sangat bijak, beliau mampu menggunakan kedua-dua tangannya dengan baik.
Ibn Asakir mencatatkan dari sanad Abu Raja al-U'taridi yang:
Umar seorang lelaki yang tinggi,botak, sangat kemerah-merahan dengan sedikit rambut di pipi, misainya besar dan hujungnya kemerahan.[10]
Lihat juga |
- Saidina Abu Bakar
- Saidina Uthman Affan
- Saidina Ali Abi Talib
- Khulafa al-Rasyidin
- Senarai Keluarga Umar al-Khatab
- Omar (siri TV)
Nota |
^ Ibn Hajar Al-Asqalani, Ahmad bin Ali. Lisan Ul-Mizan: *Umar bin al-Khattab al-Adiyy.
^ Muhammad, ibn Sa'ad (830-840 BCE). At-Tabaqat al Kubra. m/s. Chapter 3 page 281. Check date values in:|date=(bantuan)
^ (Inggeris) Lings, Martin (2005). Muhammad, his life based on the earliest sources. Lahore: Suhail Academy. m/s. 85-87. ISBN 969519088X.
^ Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). "Open Preaching". Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras)|format=memerlukan|url=(bantuan) (dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. m/s. 109–114.
^ Haykal, 1944. Chapter 22.
^ Modern reformist thought in the Muslim world. By Mazheruddin Siddiqi, Adam Publishers & Distributors, p. 147
^ "Khalifa Umar bin al-Khattab – Death of Umar". Dicapai 2015-01-19.
^ Haykal, 1944. Chapter "Death of Umar".
^ http://dsc.discovery.com/news/2008/11/18/islamic-inscription-02.html
^ abc "Hadrat Umar Farooq" by Masud-Ul-Hasan
^ Lisan al-Arab 4/196
^ ab ibn Sa'ad, 3/ 324
^ History of the Prophets and Kings (Tarikh ar-Rusul wa al-Muluk) 4/ 196 by Muhammad ibn Jarir al-Tabari
Sumber |
Lings, martin (2005). Muhammad, his life based on the earliest sources. Lahore: Suhail Academy. m/s. 85-87. ISBN 969519088X.
Pautan luar |
(Inggeris) Al Farooq - Kehidupan Saidina Umar al-Khatab Oleh Shams-Ul-Ulama Allama Shibli Numani
(Inggeris) Petikan daripada Sejarah Khalifah Islam Oleh Jalal ad-Din as-Suyuti
| Didahului oleh Abu Bakar as-Siddiq | Khalifah Khulafa al-Rasyidin (634–644) | Diikuti oleh: Uthman bin Affan |
Kategori:
- Ralat CS1: dates
- Sahabat Nabi
- Kelahiran 588
- Kematian 644
- Khalifah kurun ke-7
- Khulafa al-Rasyidin
- Muslim
- Orang Arab
- Pemeluk Islam
- Orang yang dibunuh
- Perawi hadis
- Sahabat Nabi yang menyertai Perang Uhud
(window.RLQ=window.RLQ||[]).push(function()mw.config.set("wgPageParseReport":"limitreport":"cputime":"0.280","walltime":"0.377","ppvisitednodes":"value":1384,"limit":1000000,"ppgeneratednodes":"value":0,"limit":1500000,"postexpandincludesize":"value":51496,"limit":2097152,"templateargumentsize":"value":8754,"limit":2097152,"expansiondepth":"value":8,"limit":40,"expensivefunctioncount":"value":0,"limit":500,"unstrip-depth":"value":0,"limit":20,"unstrip-size":"value":7455,"limit":5000000,"entityaccesscount":"value":0,"limit":400,"timingprofile":["100.00% 278.628 1 -total"," 43.33% 120.733 1 Templat:Reflist"," 18.63% 51.909 1 Templat:Infobox"," 18.09% 50.409 3 Templat:Cite_book"," 13.99% 38.970 1 Templat:Ten_Blessed_Companions"," 9.73% 27.102 1 Templat:Sahabat_Nabi"," 9.02% 25.129 3 Templat:En"," 7.59% 21.143 2 Templat:Navbox"," 7.39% 20.599 1 Templat:Navbox_with_columns"," 6.15% 17.147 2 Templat:Bahasa_pautan"],"scribunto":"limitreport-timeusage":"value":"0.074","limit":"10.000","limitreport-memusage":"value":2253100,"limit":52428800,"cachereport":"origin":"mw1275","timestamp":"20190409113016","ttl":2592000,"transientcontent":false););"@context":"https://schema.org","@type":"Article","name":"Umar Al-Khattab","url":"https://ms.wikipedia.org/wiki/Umar_Al-Khattab","sameAs":"http://www.wikidata.org/entity/Q8467","mainEntity":"http://www.wikidata.org/entity/Q8467","author":"@type":"Organization","name":"Contributors to Wikimedia projects","publisher":"@type":"Organization","name":"Wikimedia Foundation, Inc.","logo":"@type":"ImageObject","url":"https://www.wikimedia.org/static/images/wmf-hor-googpub.png","datePublished":"2005-09-15T13:55:49Z","dateModified":"2018-11-23T17:34:48Z","image":"https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/e/eb/Abu_bakr2_%28Umar%29.jpg"(window.RLQ=window.RLQ||[]).push(function()mw.config.set("wgBackendResponseTime":152,"wgHostname":"mw1261"););
